• 3 ORANG KUAT!

    Ini merupakan 3 org kuat untuk AIN FAVOURITES! Merekalah yang menjadi 1st customer and repeating customer! Hahaha.. Apa yang kuat? KUAT MAKAN! Yang hujung bertudung itulah pemilik nama AIN.. Nurain Husniza namanya. ...

  • Kek Coklat..

    Yummy! Tengok gambar pun dah menyelerakan.. rasa terkecur air liurrrsss dibuatnya.. Nak cuba rasa? Hubungi kami okey! ...

  • Tempahan untuk Majlis Perkahwinan

    Terima kasih Makcik Aishah yang sudi menempah kek coklat moist untuk majlis perkahwinan anaknya. Semoga semuanya berjalan lancar ...

  • Sos Keju Jalapeno / Jalapeno Cheese Powder

    Sukakan KFC Cheesey Wedges? Lazat kan? Kini anda boleh buat dirumah sahaja. Boleh dimakan dengan apa sahaja yang anda suka.. kentang goreng.. ayam goreng.. pisang? keledek? hehe terpulang! Hanya RM12.00/200gram ...

  • Kami sekeluarga!

    Sebenarnya sudah ada penambahan ahli lagi seorang.. baby Aireessa yang kini berusia 7 bulan. ...

Kami di Ain Favourites amat mengalukan kesudian anda melayari blog ini. Kepakaran kami adalah memudahkan serta meringkaskan masa untuk menyediakan cheese tart yang super sedap awesome superlicious. Gunakan ready-to-use Royal Crown Tart Shell Pastry, semuanya jadi sangat mudah, kannnnn senang :)

Royal Crown Tart Shell Pastry (ready-to-use)
Meleleh tu.. buat sendiri.. sekejap je!
Antara mereka yang begitu berpuas hati dengan hasil kerja kami.. lazat!
Lawati fanpage kami untuk maklumat lanjut http://fb.me/ainfav dan nikmati diskaun hebat.


Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsung pertandingan futsal dan bola jaring untuk tahap pra-sekolah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat.. terima kasih kepada Guru Besar SKSD yang memberikan ruang untuk Ain Favourites membuka meja jualan kerepek dan promosi kuih raya..

Ain Favourites juga menaja kerepek rangup kepada pengunjung yang datang dan ianya mendapat sambutan yang begitu positif.











Ain Favourites telah menaja sebanyak 250 bungkus kerepek rangup kepada pengunjung dan para pelajar yang hadir. Pada awalnya kami merasakan ianya begitu banyak kerana menjangkakan kehadiran seramai 200 orang dan melebihkan sebanyak 50 bungkus namun rupanya tak cukup! Maaf pada yang tak dapat tu ye..

InsyaAllah ada rezeki lagi selepas ini dan kami akan terus membuat sumbangan yang lebih lagi.. amin!



Banner terbaru AF! Kami ada iklankan di blog Zed Zaidi




Terima kasih Kak Zana dari Bank Muamalat Caw. Semabok utk tempahan yg dibuat. Semoga ia lazat dan memenuhi selera..

Posted via Android(Samsung S5660)



Tempahan demi tempahan dah mula masuk.. kena re-stock bahan mentah ni..  terima kasih.. rezeki dari Allah..

Posted via Android(Samsung S5660)




Cheesetart dan coklat utk mereka yg sgt berjasa..

Posted via Android(Samsung S5660)



Ain Favourites adalah pakar dalam penyedian sajian coklat dan cheesetart.

Saat romantis akan kekal menjadi memori indah dengan rasa coklat eksotik yang dipenuhi kasih sayang. Nikmatilah cheesetart kami yang dipenuhi keenakan rasa keju mewah bersari disertai limpahan filing pada gigitan pertama anda.
Cheesetart
Blueberry Blast Cheesetart
Setakat 30 biji tu sekejap je kena ngap dgn anak-anak..
Produk utama kami ialah:

  1. Coklat Cinta Aireessa
  2. Coklat Kasih Riana
  3. Blueberry Blast Cheesetart
  4. Strawberry Swirl Cheesetart
  5. Kiwi Kick Cheesetart
  6. Lemon Licious Cheesetart
  7. Double Choc Cheesetart

Mencairkan coklat..

Coklat dalam bekas yang berbentuk hati..
Dalam bekas bentuk bintang..
Ini pula dalam bentuk empat segi..

Setiap jenis produk ini memiliki rasa yang tersendiri dan pasti akan meninggalkan kenangan manis buat semua!


Assalamualaikum,
Perubahan demi perubahan dilakukan dan ianya semakin mematangkan kita.. begitu juga dengan Ain Favourites! (AF) yang hari demi hari terus mencari identiti serta kekuatan dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini.
Hari ini, logo baru telah dicipta dan ianya dilihat sesuai dengan semangat baru yang dibawa oleh pendokong AF iaitu Datin Seri Jannah :)

Pemilihan khusus untuk menumpukan produk utama kami iaitu yang berasaskan coklat dan juga cheesetart. Jangan lupa untuk LIKE page AF di facebook ye! Wassalam.



Suppose warnanya biru smurfy tapi effect dari instagram jadikan dia hijau.. anyway mmg sodappppppppppp!
P/S: WHERE'S MY CHEEEEEEEEEEEEEEEEEZEEEE TART! :-)



Setelah sekian lama tak update blog.. kali ni Ain try buat Apam Polkadot & Angry Birds.. (ala buat corak2 je) sebab resipinya Mama dah bancuhkan dulu.. hasilnya memuaskan.. tak sempat nak ambil gambar yang dah siap.. semua kena ngap!

Lepas ni nak try Cheese Tart pulak.. tunggu update ye..


AIN Favourites menyertai Showcase SDSI 2011 di MITC dibawah penjenamaan Anjaad dan kami berada di Pavillion Melaka. Jualan Cheese Powder sangat memberangsangkan dan tak menang tangan dibuatnya. Mencatat rekod apabila berjaya menghabiskan stok hanya dalam masa dua hari sahaja..

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan minta maaf kepada yang kecewa gagal mendapatkan Cheese Powder.. insyaAllah kami perbaiki kelemahan yang ada :) Terima kasih.

Cheese Powder RM12/200gram! Terhangat di pasaran..


Bermula 9hb nanti AIN Favourites! akan berada di Expo SDSI di MITC Melaka untuk mempromosikan Sos Keju. Akan ada jualan murah dan jangan lupa kunjungi kami di sana.. maklumat lebih lanjut akan diberikan kemudian. TQ


Dalam usaha nak mencuba pelbagaikan kegunaan sos keju yang kitorang tengah promosi ni... petang tadi Jannah sediakan satu hidangan ringkas Ayam Bakar Sos Keju.

Bahan-bahan  Ayam


1kg      Dada Ayam
Seulas  Bawang merah dan bawang putih dtumbuk lumat
1s/k     serbuk serai
1 s/k    serbuk lengkuas
1 s/k    serbuk jintan manis
1 s/k    serbuk jintan putih
1s/k     serbuk cili
1s/k     serbuk asam keping
1s/k     serbuk lada hitam
1s/k     serbuk kayu manis
1s/k     serbuk kunyit
1s/k     garam bukit

Perap semua bahan kat atas selama 15 minit dan bakar ayam selama 20 minit.


Untuk Sos Keju

Seulas bawang putih
Sedikit halia
1 s/b sos tiram
1 s/b kicap
1 s/b tepung jagung
2 s/b serbuk keju (jalapeno cheese powder ainfav.)

Gorengkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, setelah wangi masukkan semua bahan lain yang dibancuh terlebih dahulu dengan setengah cawan air. Pastikan semua bahan sentiasa dikacau untuk elakkan daripada berketul-ketul.

Hidang semasa masih panas dengan kentang goreng, brokoli kukus, jagung kukus dengan lobak merah.
Kalau dah cuba nanti boleh komen kat sini yer.. Kalau susah nak carik bahan boleh tanya ngan Jannah  terutamanya sos keju tu... ok, selamat mencuba...





Bungkusan Jalapeno Cheese atau Sos Keju yang menggunakan branding Ain Favourites! semakin diterima. Terima kasih atas sokongan. Kini ianya menggunakan box yang memudahkan kita untuk menyimpannya. Yang belum mencuba tu apa tunggu lagi?


Si Ain pun bantu promosi kepada kawan-kawan disekolah! Haha.. sebenarnya tu alasan utama yang membolehkan dia menikmati sos keju yang lazat. Boleh dimakan dengan apa saja terpulang pada citarasa.


Malah Ain makan dengan BISKUT! SEDAAAAAAAP katanya.. dan dari situ kawan-kawannya pun ikut sama sukakan sos keju ni.

Senang cerita anak-anak mesti suka sangat dengan sos keju ni. Tak perlu lagi nak ke KFC membeli Cheesy Wedges tu..


Jalapeno Cheese Powder ni semakin dapat sambutan daripada orang ramai kerana rasanya yang enak dan pasti anak-anak terpikat! Kami ada bekalan dan hanya RM14.90 sahaja untuk 200gram.. nak cuba?

Kami juga sedang mencari agent/distributor untuk produk ini di seluruh Malaysia!


Penimbang ni merupakan satu alat yang sangat penting untuk buat kuih dan kek,
dalam setiap resipi setiap bahan yang digunakan mesti disukat dahulu. Kalau dulu2 pakai cawan jer. sebab tu lah penimbang ni penting..


Sebenarnya Jannah saja nak bercerita tentang timbang ni sebab tengah survey nak carik timbang digital..Biasanya jannah guna timbang biasa beli kat Giant tu.. tapi dah rosak pulak, kuih buat hari hari pakai sukat cawan jer.. kalau ade penimbang tu lagi tepatla sukatan tepung tu.. Tambahan pulak kalau kita nak cuba respi baru lagi mudah takyah nak agak2. Ade x sesiapa yang boleh komen atau cerita pengalaman pakai timbang digital ni..brand yang heavy duty ker? penat jugak kalau beli mahal2, 2 minggu dah rosak...komen yer...  


Hari ni nak cerita pasal roti jala pulak. Selalunya untuk majlis rumah terbuka memang ramai kawan-kawan dan jiran yang order roti jala ni. Pasal tu lah Jannah bagi nama roti jala emas, sebab memang untung jual roti jala ni..
Biasanya kalau order sampai 3kg pun ade, penat sikitlah tunggu kat tepi dapur tu, tapi memang berbaloi..
apapun Jannah nak share resipi ni supaya semua boleh cuba sendiri kat rumah, kalau tak sempat buat nanti  bolehlah order kat Jannah.

Roti Jala Emas

500gm    tepung gandum
500gm    air
1biji        telur
1/2 sk     garam
pewarna kuning mengikut kesesuaian

Gambar credit to townsights .net


Semua bahan ni masukkkan dalam blender dan kisar sampai rata. Guna acuan roti jala dan layangkan kat atas  kuali leper. Angkat dari kuali lepas tu bolehlah gulung ker atau lipat tiga segi ikut suka. Bila nak makan boleh hidangkan dengan kuah kari, rendang atau kalau suka manis, seri kaya dengan serawa durian pun best!



Salam ceria buat semua, memang dah lama sangat tak menulis blog ni sampai rasa tak tau apa nak tulis,
semalam rasa teringin  pulak nak makan kuih kaswi... sebelum buat tu survey resipi kat internet ni sumenya macam leceh jer nak buat... kebetulan mak mertua ada kat umah tanyalah kat dia... memang senang jer dia membuat nyer.. 5 minit dah siap bancuh... tinggal tunggu masak kat dalam pengukus jer..

Kuih Kaswi

3 cawan air
2 senduk tepung gandum
2 senduk tepung kanji
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil kapur sirih

1 biji kelapa parut
garam

Cara membuatnya:-
Sediakan blender dan panaskan pengukus, masukkan semua kedalam blender dan blend hingga semuanyer hancur, tapiskan adunan sebelum dimasukkan dalam loyang. Kukus selama 25 minit. Tunggu sejuk dulu sebelum dipotong. Boleh jugak guna acuan kecik2 , lagi mudah dan cantik. Kelapa parut tu kukus dulu dan gaul dengan garam supaya boleh tahan lama.

Gambar credit to Drizzle & Glaze Bakery

Kat dalam internet ni ada macam -macam cara orang buat kuih kaswi ni... tapi cara tuk wan ni memang paling mudah, ada jugak yang gunakan kicap  untuk hitamkan kuih kaswi... walaupun kalau kita buat tu tak hitam, kita tambah lagi gula merah tapi rasa unik kaswi tu sebenarnya datang dari kapur sirih tu... tapi ingat! jangan sampai terlebih pulak nanti pahit pulak kuih kaswi tu.. cubalah buat.  


Ini resipi original Ain.. sebabnya dia sendiri yang olah dan berikan idea. This is just an idea from a 7yrs old girl.. kalau nak cuba, kena tanggung sendiri ye hasilnya :)

Original masterpiece! Biskut Crunchy by Nurain Husniza
Bahan: Beras warna-warni koko dan oat dan tepung dan air. Mula-mula maksukan tepung ke dalam mankuk kemudian letak air sedikit ke mankuk itu. Lepas masukkan oat ke dalam mankuk lepas itu letak koko ke dalam mankuk. Lepas itu bulatkan kemudian masukkan ke dalam oven. Lepas siap letakkan beras warna-warni di atas biskut lepas itu hidangkanlah. Sekarang sedia di makan.
Ha macam mana? ini resipi original Ain ok :)


Sebenarnya Jannah tak expect untuk dapat order dari jiran sempena majlis perkahwinan anak dia. Since makcik ni so nice, Jannah put some extra effort untuk cake dia ni.

Macam biasa perisa coklat menjadi pilihan
Letak bunga kecil kat tengah
Dah hampir nak siap ni
Siap masukkan dalam bekas
Lastly letakkan dalam bakul perhiasan
Ini hero yang setia 'membantu' sepanjang waktu memasak kek tadi
Terima kasih kepada makcik tersebut! Semoga semuanya berjalan lancar untuk majlis perkahwinan anaknya.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe

Resources

Tasty! Yummy!

We promise you the best home made cakes and cookies. The taste are more voluptuously tasty and yummy then others.