• 3 ORANG KUAT!

    Ini merupakan 3 org kuat untuk AIN FAVOURITES! Merekalah yang menjadi 1st customer and repeating customer! Hahaha.. Apa yang kuat? KUAT MAKAN! Yang hujung bertudung itulah pemilik nama AIN.. Nurain Husniza namanya. ...

  • Kek Coklat..

    Yummy! Tengok gambar pun dah menyelerakan.. rasa terkecur air liurrrsss dibuatnya.. Nak cuba rasa? Hubungi kami okey! ...

  • Tempahan untuk Majlis Perkahwinan

    Terima kasih Makcik Aishah yang sudi menempah kek coklat moist untuk majlis perkahwinan anaknya. Semoga semuanya berjalan lancar ...

  • Sos Keju Jalapeno / Jalapeno Cheese Powder

    Sukakan KFC Cheesey Wedges? Lazat kan? Kini anda boleh buat dirumah sahaja. Boleh dimakan dengan apa sahaja yang anda suka.. kentang goreng.. ayam goreng.. pisang? keledek? hehe terpulang! Hanya RM12.00/200gram ...

  • Kami sekeluarga!

    Sebenarnya sudah ada penambahan ahli lagi seorang.. baby Aireessa yang kini berusia 7 bulan. ...

AIN Favourites menyertai Showcase SDSI 2011 di MITC dibawah penjenamaan Anjaad dan kami berada di Pavillion Melaka. Jualan Cheese Powder sangat memberangsangkan dan tak menang tangan dibuatnya. Mencatat rekod apabila berjaya menghabiskan stok hanya dalam masa dua hari sahaja..

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan minta maaf kepada yang kecewa gagal mendapatkan Cheese Powder.. insyaAllah kami perbaiki kelemahan yang ada :) Terima kasih.

Cheese Powder RM12/200gram! Terhangat di pasaran..


Bermula 9hb nanti AIN Favourites! akan berada di Expo SDSI di MITC Melaka untuk mempromosikan Sos Keju. Akan ada jualan murah dan jangan lupa kunjungi kami di sana.. maklumat lebih lanjut akan diberikan kemudian. TQ


Dalam usaha nak mencuba pelbagaikan kegunaan sos keju yang kitorang tengah promosi ni... petang tadi Jannah sediakan satu hidangan ringkas Ayam Bakar Sos Keju.

Bahan-bahan  Ayam


1kg      Dada Ayam
Seulas  Bawang merah dan bawang putih dtumbuk lumat
1s/k     serbuk serai
1 s/k    serbuk lengkuas
1 s/k    serbuk jintan manis
1 s/k    serbuk jintan putih
1s/k     serbuk cili
1s/k     serbuk asam keping
1s/k     serbuk lada hitam
1s/k     serbuk kayu manis
1s/k     serbuk kunyit
1s/k     garam bukit

Perap semua bahan kat atas selama 15 minit dan bakar ayam selama 20 minit.


Untuk Sos Keju

Seulas bawang putih
Sedikit halia
1 s/b sos tiram
1 s/b kicap
1 s/b tepung jagung
2 s/b serbuk keju (jalapeno cheese powder ainfav.)

Gorengkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, setelah wangi masukkan semua bahan lain yang dibancuh terlebih dahulu dengan setengah cawan air. Pastikan semua bahan sentiasa dikacau untuk elakkan daripada berketul-ketul.

Hidang semasa masih panas dengan kentang goreng, brokoli kukus, jagung kukus dengan lobak merah.
Kalau dah cuba nanti boleh komen kat sini yer.. Kalau susah nak carik bahan boleh tanya ngan Jannah  terutamanya sos keju tu... ok, selamat mencuba...





Bungkusan Jalapeno Cheese atau Sos Keju yang menggunakan branding Ain Favourites! semakin diterima. Terima kasih atas sokongan. Kini ianya menggunakan box yang memudahkan kita untuk menyimpannya. Yang belum mencuba tu apa tunggu lagi?


Si Ain pun bantu promosi kepada kawan-kawan disekolah! Haha.. sebenarnya tu alasan utama yang membolehkan dia menikmati sos keju yang lazat. Boleh dimakan dengan apa saja terpulang pada citarasa.


Malah Ain makan dengan BISKUT! SEDAAAAAAAP katanya.. dan dari situ kawan-kawannya pun ikut sama sukakan sos keju ni.

Senang cerita anak-anak mesti suka sangat dengan sos keju ni. Tak perlu lagi nak ke KFC membeli Cheesy Wedges tu..


Jalapeno Cheese Powder ni semakin dapat sambutan daripada orang ramai kerana rasanya yang enak dan pasti anak-anak terpikat! Kami ada bekalan dan hanya RM14.90 sahaja untuk 200gram.. nak cuba?

Kami juga sedang mencari agent/distributor untuk produk ini di seluruh Malaysia!


Penimbang ni merupakan satu alat yang sangat penting untuk buat kuih dan kek,
dalam setiap resipi setiap bahan yang digunakan mesti disukat dahulu. Kalau dulu2 pakai cawan jer. sebab tu lah penimbang ni penting..


Sebenarnya Jannah saja nak bercerita tentang timbang ni sebab tengah survey nak carik timbang digital..Biasanya jannah guna timbang biasa beli kat Giant tu.. tapi dah rosak pulak, kuih buat hari hari pakai sukat cawan jer.. kalau ade penimbang tu lagi tepatla sukatan tepung tu.. Tambahan pulak kalau kita nak cuba respi baru lagi mudah takyah nak agak2. Ade x sesiapa yang boleh komen atau cerita pengalaman pakai timbang digital ni..brand yang heavy duty ker? penat jugak kalau beli mahal2, 2 minggu dah rosak...komen yer...  


Hari ni nak cerita pasal roti jala pulak. Selalunya untuk majlis rumah terbuka memang ramai kawan-kawan dan jiran yang order roti jala ni. Pasal tu lah Jannah bagi nama roti jala emas, sebab memang untung jual roti jala ni..
Biasanya kalau order sampai 3kg pun ade, penat sikitlah tunggu kat tepi dapur tu, tapi memang berbaloi..
apapun Jannah nak share resipi ni supaya semua boleh cuba sendiri kat rumah, kalau tak sempat buat nanti  bolehlah order kat Jannah.

Roti Jala Emas

500gm    tepung gandum
500gm    air
1biji        telur
1/2 sk     garam
pewarna kuning mengikut kesesuaian

Gambar credit to townsights .net


Semua bahan ni masukkkan dalam blender dan kisar sampai rata. Guna acuan roti jala dan layangkan kat atas  kuali leper. Angkat dari kuali lepas tu bolehlah gulung ker atau lipat tiga segi ikut suka. Bila nak makan boleh hidangkan dengan kuah kari, rendang atau kalau suka manis, seri kaya dengan serawa durian pun best!



Salam ceria buat semua, memang dah lama sangat tak menulis blog ni sampai rasa tak tau apa nak tulis,
semalam rasa teringin  pulak nak makan kuih kaswi... sebelum buat tu survey resipi kat internet ni sumenya macam leceh jer nak buat... kebetulan mak mertua ada kat umah tanyalah kat dia... memang senang jer dia membuat nyer.. 5 minit dah siap bancuh... tinggal tunggu masak kat dalam pengukus jer..

Kuih Kaswi

3 cawan air
2 senduk tepung gandum
2 senduk tepung kanji
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil kapur sirih

1 biji kelapa parut
garam

Cara membuatnya:-
Sediakan blender dan panaskan pengukus, masukkan semua kedalam blender dan blend hingga semuanyer hancur, tapiskan adunan sebelum dimasukkan dalam loyang. Kukus selama 25 minit. Tunggu sejuk dulu sebelum dipotong. Boleh jugak guna acuan kecik2 , lagi mudah dan cantik. Kelapa parut tu kukus dulu dan gaul dengan garam supaya boleh tahan lama.

Gambar credit to Drizzle & Glaze Bakery

Kat dalam internet ni ada macam -macam cara orang buat kuih kaswi ni... tapi cara tuk wan ni memang paling mudah, ada jugak yang gunakan kicap  untuk hitamkan kuih kaswi... walaupun kalau kita buat tu tak hitam, kita tambah lagi gula merah tapi rasa unik kaswi tu sebenarnya datang dari kapur sirih tu... tapi ingat! jangan sampai terlebih pulak nanti pahit pulak kuih kaswi tu.. cubalah buat.  


Ini resipi original Ain.. sebabnya dia sendiri yang olah dan berikan idea. This is just an idea from a 7yrs old girl.. kalau nak cuba, kena tanggung sendiri ye hasilnya :)

Original masterpiece! Biskut Crunchy by Nurain Husniza
Bahan: Beras warna-warni koko dan oat dan tepung dan air. Mula-mula maksukan tepung ke dalam mankuk kemudian letak air sedikit ke mankuk itu. Lepas masukkan oat ke dalam mankuk lepas itu letak koko ke dalam mankuk. Lepas itu bulatkan kemudian masukkan ke dalam oven. Lepas siap letakkan beras warna-warni di atas biskut lepas itu hidangkanlah. Sekarang sedia di makan.
Ha macam mana? ini resipi original Ain ok :)


Sebenarnya Jannah tak expect untuk dapat order dari jiran sempena majlis perkahwinan anak dia. Since makcik ni so nice, Jannah put some extra effort untuk cake dia ni.

Macam biasa perisa coklat menjadi pilihan
Letak bunga kecil kat tengah
Dah hampir nak siap ni
Siap masukkan dalam bekas
Lastly letakkan dalam bakul perhiasan
Ini hero yang setia 'membantu' sepanjang waktu memasak kek tadi
Terima kasih kepada makcik tersebut! Semoga semuanya berjalan lancar untuk majlis perkahwinan anaknya.


Jannah makin sibuk dan tak sempat nak update blog. Maaf ye tak dapat cerita sangat cuma Jannah nak kongsikan beberapa gambar yang diambil.

Chocolate Moist Cake untuk dihantar ke kedai.
Cantikkan? selalu jugak dapat tempahan
Jannah tak berapa pandai nak letak gambar ni tapi dah diajar tu so boleh la sikit-sikit. Nanti Jannah update lagi ye si kecik dah menangis pulak!


Ini merupakan pakej pertama yang disediakan dan ianya sesuai untuk pelbagai majlis.

 What's your flavor?
 Toppings!
 Here's how we pack it!
  1. Chocolate Moist
  2. Strawberry
  3. Orange
  4. Milky Banana
  5. Marble

  1.  Butter cream (2 color)
  2. Choc Ganache (add RM1/pc)
  3. Fresh Cream Swirl
  4. Edible Image (add RM25)

  1.  Box of 16 cup or 49 mini cup (RM55)
  2. Box of 25 cup (RM85)
  3. Individual Dome Cover (RM3.80/pcs min 50pcs)
  4. More than 500pcs (RM3.30/pcs)


Lain-lain tempahan mengikut majlis boleh dibuat menggunakan fondant comel-comel (harga mengikut deco) ataupun untuk tujuan doorgift sila emailkan kepada Jannah (shaniza01@gmail.com) atau berurusan terus +6014.220.7187

Penghantaran sekitar Bandar Putra, Kulaijaya adalah percuma atau ambil sendiri di Restoran Alam Selera Desa, Bandar Putra (berhampiran IOI Mall).


Jangan tunggu lagi.. tempah sekarang!


Semalam Jannah buatkan kek untuk birthday anak saudara. Saja suka-suka untuk hadiahkan kat dia. Below is the picture, so enjoy ye!

Kek cawan coklat
Yang ini pulak carrot cake

Ini semua sekadar hobi, cuma nak tajamkan skill. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin Jannah boleh buka kedai.

Aiman menayangkan dagunya yang dijahit
Ini pula si Aiman yang nakal. Dagunya baru dijahit sebab koyak sewaktu dia sliding di lantai bilik air.


Sebagai langkah pertama, nak promosi hasil kerja tangan ni, Jannah hantar cupcake kat kedai makan kat sini Bandar Putra,  Kulaijaya. Buat masa ni packing kecik2 dalam dua hari tambah lagi.. Kalau ade nak order untuk door gift yang macam ni.. memang Jannah buat jugak. Minimum order 50pcs.


Assalamualaikum,


Salam perkenalan untuk semua, Jannah ni seorang surirumah, punya 3 orang anak Ain, Aiman dan Imran. Tahun ni Ain dan Aiman dah sekolah jadi memang banyak masa yang terluang. Pilih nama blog ni pun sebab Ain memang suka sangat makan kek. Macam macam yang disuruhnya kita buat. Jannah pulak memang suka ngan sweet treats.


Sebelum ni, masa kerja dulu tak dapat nak tambah skill buat deko kat kek, sekarang ni rasa seronok dapat buat selalu. Kalau ade yang berminat nanti bolehlah tempah ngan Jannah ye!


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe